Monday, June 4, 2012

KEJOHANAN MUAY ANTARABANGSA 2012.15-16 JUN 2012



________________________________________________________________

      Aktiviti yang diadakan :
FEAR FACTOR




 
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam acara 'Fear Factor'.


_______________________________________________________________


PERTANDINGAN KARAOKE

Antara peserta yang menyertai pertandingan karaoke yang diadakan sebelum Kejohanan Muay berlangsung.


Juri pertandingan yang dijemput khas iaitu Muix-METALASIA(kiri) & Linda-Cikgu Vokal(kanan) bagi menilai kualiti peserta yang bertanding.


_________________________________________________________________


PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK

Peserta begitu khusyuk mewarna sambil membuat kolaborasi warna yang digunakan.


Penolong Pengurus Perhubungan Awam & Acara Menara Alor Setar, Encik Wan Saiful Wan Mohd Najib ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan tersebut.

_________________________________________________________________


KEJOHANAN MUAY

 Para peninju ketika sesi lawatan dan membuat timbangan berat badan di Menara Alor Setar.



Sebahagian peninju membeli barangan cenderamata Menara Alor Setar untuk dibawa pulang sebagai kenangan.


 Para peninju ketika meneropong serta menikmati pemandangan indah Bandaraya Alor Setar di Ruang Pemerhati Menara Alor Setar.


 Bergambar kenangan di Ruang Pemerhati Menara Alor Setar.


 Encik Boon Chom Din Nui(kiri sekali) ketika bergurau dengan peninju.


 Dua peninju lelaki membuat demo Muay sempena lawatan mereka di Ruang Pemerhati Menara Alor Setar.


Para peninju beratur ketika sesi Timbang Berat Badan.


Sebahagian peninju membuat timbangan berat badan yang direkodkan oleh pengadil khas kejohanan.


Peninju bergambar kenangan di hadapan Menara Alor Setar selepas tamat acara timbang badan.


Para peninju tiba di perkarangan stadium.




Unit keselamatan turut disediakan bagi melancarkan lagi semasa kejohanan berlangsung.




Orang ramai beratur untuk mendapatkan tiket kejohanan di kaunter yang disediakan.




 Tetamu jemputan berkumpul di hadapan stadium sambil menunggu keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah(Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah).




Perarakan bunga manggar turut serta bagi menyerikan lagi perarakan masuk ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah(Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah).




 Perarakan masuk ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah(Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Dato’ Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, SHMS., SSDK., DSDK, sambil diiringi Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India & Hal Ehwal Masyarakat Siam Negeri Kedah, YB. Dato' Manikumar A/L Subramaniam, DSDK.,AMK. dan juga para tetamu jemputan yang hadir untuk perarakan masuk ke dalam stadium.




Ketibaan disambut dengan nyanyian lagu Negeri Kedah.



Acara demo Kejohanan Muay ditunjukkan daripada peninju kanak-kanak.


Para peninju yang akan bertanding dalam kejohanan tersebut tampil diatas gelanggang sebelum memulakan perlawanan.


Upacara 'sembah guru' turut dilakukan oleh para peninju sebelum perlawanan bermula bagi menaikan semangat peninju.


Antara aksi-aksi menarik ketika perlawanan berlangsung.


Sebahagian penonton yang hadir bagi menyaksikan kejohanan tersebut.


Peninju yang memenangi perlawanan beratur untuk sesi penyampaian hadiah.


Antara peninju yang memenangi kategori masing-masing yang disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah(Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Dato’ Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, SHMS., SSDK., DSDK, diiringi Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir dan juga Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India & Hal Ehwal Masyarakat Siam Negeri Kedah, YB. Dato' Manikumar A/L Subramaniam, DSDK.,AMK.


 Ketibaan pulang Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah(Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Dato’ Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, SHMS., SSDK., DSDK, sambil diiringi Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir dan juga Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India & Hal Ehwal Masyarakat Siam Negeri Kedah, YB. Dato' Manikumar A/L Subramaniam, DSDK.,AMK.


Puan Hariyati Tahir turut mengiringi kepulangan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India & Hal Ehwal Masyarakat Siam Negeri Kedah, YB. Dato' Manikumar A/L Subramaniam, DSDK.,AMK.