Wednesday, October 17, 2012

CERAPAN HILAL ZULHIJJAH, TAHUN 1433H.15 OKTOBER 2012



Jawatankuasa cerapan yang terlibat dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM) membuat pendaftaran di ruang lobi.




Turut hadir Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad(bersampin)
membuat pendaftaran sambil diiringi Penolong Pengurus Perhubungan Awam & Acara Menara Alor Setar, Encik Wan Saiful Anuwar Wan Mohd Najib.



Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad bersama jawatankausa yang terlibat di lokasi radio yang dipasangkan di Megaview Menara Alor Setar untuk berhubung dengan lokasi cerapan yang lain serta berhubung bersama Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.




Para pegawai yang ditugaskan membuat cerapan sentiasa memantau keadaan dari masa ke semasa.




Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Dato' Syeikh Ghazali Yaakob yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Cerapan Hilal Zulhijjah pada malam tersebut mengumumkan keputusan cerapan serta menyampaikan 'sepatah dua kata' beliau.








Sunday, October 14, 2012

PERTANDINGAN KESENIAN & KECANTIKAN AYAM SERAMA.13 OKTOBER 2012




TAHNIAH & TERIMA KASIH diucapkan kepada peserta dan juga pemenang (217 ekor ayam) bagi Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama, Menara Alor Setar pada baru-baru ini. Insyaallah pada masa akan datang kita akan bertemu lagi..

____________________________________________________________________


Para peserta tidak sabar untuk mendaftar ketika sesi pendaftaran dilakukan.



Wakil dari Republik Serama Kediri, Indonesia Tuan Haji Tas menyerahkan tajaan Piala 'Best Of The Best' kepada Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir sambil disaksikan wakil dari Kelab Serama Kedah, Encik Ghani(berbaju kuning) serta wakil dari Peminat Ayam Serama Indonesia Raya(PASIR)(empat dari kiri).




Sesi pertandingan dijalankan serta juri menilai ayam yang dipertandingkan mengikut kategori masing-masing.



Sebahagian aksi menarik yang dipamerkan oleh setiap ayam ketika dipertandingkan.



Sebahagian peserta duduk bersantai menunggu giliran untuk dipertandingkan.



Antara gerai jualan yang mengambil bahagian terdiri daripada Biro Menara Alor Setar(BiMAS), Piru Best, Burger Sempoi, Kak Som Enterprise dan juga Aina Sari Enterprise.



Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir(berkemeja putih) mengiringi ketibaan tetamu jemputan dari Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul.


Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul dan juga Puan Hariyati Tahir turut melihat keunikan ayam serama dengan lebih dekat di meja pertandingan.




Acara pertandingan yang ditunggu-tunggu para peserta iaitu penilaian akhir bagi kategori 'Best Of The Best' begitu menarik para penonton dan juga para peserta yang turut terlibat, sambil disaksikan tetamu jemputan.




Puan Hariyati Tahir menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada pemenang yang menggondol tiga kemenangan berturut-turut iaitu Raja Serama 1Malaysia dari Terenggaanu.




Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul turut menyampaikan hadiah bagi pemenang bagi Bonanza yang bernilai RM 1,000 turut dimenangi oleh M. Shaiful Zainal dari Perlis.




Pemenang 'Best Of The Best' turut dimenangi oleh Raja Serama 1Malaysia dari Terenggaanu.




 
Tetamu jemputan serta jawatankuasa yang terlibat menikmati jamuan di MegaView Menara Alor Setar




Puan Hariyati Tahir serta kakitangan Menara Alor Setar mengiringi kepulangan Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul.







Saturday, October 13, 2012

321 KEMBARA 4X4.12 OKTOBER 2012




Sesi pendaftaran diadakan di ruang lobi Menara Alor Setar.



Ketibaan para peserta 4X4 di hadapan dataran Menara Alor Setar dengan pelbagai jenis kenderaan 4X4.



Jamuan ringan turut disediakan sebelum majlis perasmian bermula.



Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir(berbaju merah) bersama-sama dalam majlis perasmian tersebut.



 Ucapan pembuka majlis yang disampaikan oleh Pengurus Acara 321 Kembara 4X4, Encik Mohd Salleh Ahamed.



Puan Hariyati Tahir menyampaikan ucapan beliau serta merasmikan program tersebut.



Puan Hariyati Tahir ditemubual oleh wakil media dari RTM iaitu TV2  selepas tamat majlis perasmian.



Para peserta bergambar kenangan bersama-sama Puan Hariyati Tahir di Dataran Menara Alor Setar.



Puan Hariyati Tahir membuat pelepasan kepada para peserta tersebut.



Antara pelbagai jenis pacuan 4X4 yang turut mengambil bahagian.