Wednesday, March 27, 2013

PROGRAM EARTH HOUR 2013 @ MENARA ALOR SETAR.23 MAC 2013



---------------------------------------------------------------------------------

Persiapan dilakukan sebelum pelancaran program.






Program disempurnakan oleh Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir bersama-sama kakitangan Menara Alor Setar yang turut terlibat dalam program tersebut.






Menara Alor Setar menutup keseluruhan cahaya lampu sebagai tanda menyokong Sambutan Earth Hour 2013.






Pelancong dari Rusia turut bersama-sama menyokong sambutan program tersebut ketika mengunjung di Menara Alor Setar.





Puan Hariyati Tahir bersama-sama kakitangan Menara Alor Setar bergambar selepas tamat program tersebut.





PAMERAN FILATELI DIRAJA NEGERI KEDAH SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN SETEM KEDAH & 125 TAHUN PERKHIDMATAN POS KEDAH.20-22 MAC 2013




Persiapan dilakukan sebelum majlis bermula.







Gambar kiri, ketibaan Pengerusi Telekom Malaysia Berhad, Dato' Sri Dr. Halim Shafie serta Datin Sri. Gambar kanan, ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Dato' Zuraidah Mohd Said.






Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir(kanan) turut melawat 'booth' Pos Malaysia.






Keberangkatan tiba Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah) bersama Toh Puan Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Nor Suzana Binti Abdullah berangkat masuk ke Megaview Menara Alor Setar.





Turut serta Dato' Sri Dr. Halim Shafie, Dato' Zuraidah Mohd Said, Puan Hariyati Tahir dan juga tetamu kehormat yang lain.






Ucapan dan Persembahan DiRaja Filateli oleh Datuk Anuar Bashah.







Persembahan DiRaja Filateli oleh Penjaga Setem Koleksi Permaisuri British, Mr. Michel Sefi.






 Presiden Persatuan Filateli Thailand, Dr, Prakob Chirakiti menyampaikan cenderahati kepada Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah.






Wakil daripada SKMM & Persatuan Filateli Malaysia kepada Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah.






  
Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta  Yang Teramat Mulia Dato' Nor Suzana Binti Abdullah ketika lawatan di setiap sudut pameran tersebut.





Menjamu selera di ruang santapan sambil didendangkan persembahan oleh Badan Kesenian Negeri Kedah(BKNK).






Puan Hariyati Tahir mengiringi keberangkatan pulang Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta Yang Teramat Mulia Dato' Nor Suzana Binti Abdullah.