Saturday, November 17, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR S.M.K SERI MAHAWANGSA,JITRA, KEDAH.31 OKTOBER 2012



Salah seorang kakitangan Menara Alor Setar, Encik Mohd Nasir menerangkan serba ringkas mengenai lawatan tersebut.



Lawatan pertama ke Muzium Negeri Kedah.
Penerangan ringkas oleh wakil muzium sebelum melawati halaman muzium.



Lawatan di Pusat Sains Cawangan Wilayah Utara.
Para pelajar mencuba pelbagai teknologi yang disediakan serta mendapat input yang berguna semasa melawati pusat sains tersebut.




Para pelajar turut didedahkan dengan aktiviti menarik yang ditunjukkan oleh wakil dari Pusat Sains tersebut.





Lawatan di Muzium Padi.
Para pelajar beratur untuk memasuki muzium tersebut.



Menikmati lukisan minyak yang begitu unik.



Pelbagai jenis pameran yang menarik mendapat tumpuan para pelajar.




Lawatan di Menara Alor Setar.
Para pelajar beratur di ruang lobi sebelum menaiki ke Megaview Banquet Hall.




Para pelajar beratur mengambil makanan.



Menjamu selera di Megaview Banquet Hall pada aras 100 meter.



Para pelajar mendengar taklimat ringkas mengenai Menara Alor Setar yang disampaikan oleh kakitangan pengiring lawatan tersebut.




Para pelajar dibahagikan kepada beebrapa kumpulan untuk aktiviti dalam kumpulan.




Salah seorang kakitangan pengiring program, iaitu Encik Mohd Hakim yang mengetuai aktiviti dalam kumpulan.



 Setelah tamat program, ucapan ringkas daripada Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir kepada para pelajar yang terlibat.




Puan Hariyati Tahir(kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada guru pengiring program tersebut.




Puan Hariyati Tahir serta kakitangan yang terlibat bergambar kenangan bersama peserta program.




Para pelajar singgah di ruang pemerhati sambil menikmati panorama indah Bandaraya Alor Setar sebelum perjalanan pulang.










Monday, November 5, 2012

MENARA ALOR SETAR MENGADAKAN IBADAH KORBAN 1433H.27 OKTOBER 2012



 
 Kakitangan Menara Alor Setar menguruskan timbangan daging untuk pembahagian ’tumpuk’ korban.




Pengurus Besar Menara Alor Setar,Hariyati Tahir(berbaju oren) turut memerhati proses untuk agihan daging korban.







MAJLIS PERASMIAN KIOSK OBLONG SEMPOII BERSAMA DATO' MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR.25 OKTOBER 2012



 Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir(duduk tiga dari kanan) bersama kakitangan Menara Alor Setar tidak melepaskan peluang bergambar bersama Dato’ Mukhriz Tun Dr. Mahathir.




 
Perasmian Kiosk Oblong ’Sempoii’ cawangan Menara Alor Setar oleh Yang Berhormat Dato’ Mukhriz Tun Dr. Mahathir.




Sidang Media dan ucapan perasmian oleh Dato’ Mukhriz Tun  Mahathir.





 Dato’ Mukhriz Tun Dr. Mahathir bersama Puan Hariyati Tahir serta Pengurus Kiosk Oblong Sempoii, Puan Zunita semasa majlis perasmian.









PAKEJ MENARA ALOR SETAR DI KARNIVAL JALUR LEBAR KUBANG PASU.21 OKTOBER 2012



Sambutan begitu menggalakkan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar sekolah dari serata Daerah Kubang Pasu ketika mendengar taklimat pada hari tersebut.



Dato' Haji Hasbullah Haji Osman mengadakan lawatan gerai semasa karnival tersebut.



 
Salah seorang pengunjung membuat pendaftaran berminat dengan tawaran pakej-pakej yang disediakan oleh Menara Alor Setar.



 
Penerangan oleh kakitangan Menara Alor Setar mengenai produk & pakej-pakej yang disediakan kepada pelajar-pelajar sekolah.









PASUKAN MENARA ALOR SETAR MEMENANGI HADIAH PERTANDINGAN BOWLING ANJURAN TOURISM MALAYSIA KEDAH.20 OKTOBER 2012



Pasukan Menara Alor Setar sedang membuat pendaftaran di meja urusetia pertandingan.



Pasukan Menara Alor Setar terdiri daripada dari kanan Encik Nuzul Syamil, Mohd Hakim dan Ku Mohd Azrul.



Suasana pertandingan sangat meriah dengan celoteh yang dipamerkan oleh pasukan masing-masing.




Antara aksi menarik yang ditunjukkan oleh pasukan Menara Alor Setar.



Wakil pasukan Menara Alor Setar telah memenangi tempat ke-4 menerima hadiah yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia Kedah, Dato' Seri DiRaja Dato' Seri Mahawangsa Mahdzir Khalid.




Seramai 32 pasukan yang berentap bergambar kenangan selepas tamat pertandingan.





KUMPULAN NSTP KEDAH MEMERIAHKAN VIP LOUNGE MENARA ALOR SETAR.17 OKTOBER 2012




Semua wartawan yang hadir melakukan persiapan sebelum pertandingan bermula.



Suasana pertandingan sangat meriah. 



 
Ketua Biro NSTP Kedah, Noor Adzman Baharuddin emnyampaikan hadiah kepada Juara Pertandingan Karaoke pada malam tersebut.











Wednesday, October 17, 2012

CERAPAN HILAL ZULHIJJAH, TAHUN 1433H.15 OKTOBER 2012



Jawatankuasa cerapan yang terlibat dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM) membuat pendaftaran di ruang lobi.




Turut hadir Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad(bersampin)
membuat pendaftaran sambil diiringi Penolong Pengurus Perhubungan Awam & Acara Menara Alor Setar, Encik Wan Saiful Anuwar Wan Mohd Najib.



Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad bersama jawatankausa yang terlibat di lokasi radio yang dipasangkan di Megaview Menara Alor Setar untuk berhubung dengan lokasi cerapan yang lain serta berhubung bersama Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.




Para pegawai yang ditugaskan membuat cerapan sentiasa memantau keadaan dari masa ke semasa.




Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Dato' Syeikh Ghazali Yaakob yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Cerapan Hilal Zulhijjah pada malam tersebut mengumumkan keputusan cerapan serta menyampaikan 'sepatah dua kata' beliau.