Salah seorang kakitangan Menara Alor Setar, Encik Mohd Nasir menerangkan serba ringkas mengenai lawatan tersebut.
Lawatan pertama ke Muzium Negeri Kedah.
Penerangan ringkas oleh wakil muzium sebelum melawati halaman muzium.
Lawatan di Pusat Sains Cawangan Wilayah Utara.
Para pelajar mencuba pelbagai teknologi yang disediakan serta mendapat input yang berguna semasa melawati pusat sains tersebut.
Para pelajar turut didedahkan dengan aktiviti menarik yang ditunjukkan oleh wakil dari Pusat Sains tersebut.
Lawatan di Muzium Padi.
Para pelajar beratur untuk memasuki muzium tersebut.
Menikmati lukisan minyak yang begitu unik.
Pelbagai jenis pameran yang menarik mendapat tumpuan para pelajar.
Lawatan di Menara Alor Setar.
Para pelajar beratur di ruang lobi sebelum menaiki ke Megaview Banquet Hall.
Para pelajar beratur mengambil makanan.
Menjamu selera di Megaview Banquet Hall pada aras 100 meter.
Para pelajar mendengar taklimat ringkas mengenai Menara Alor Setar yang disampaikan oleh kakitangan pengiring lawatan tersebut.
Para pelajar dibahagikan kepada beebrapa kumpulan untuk aktiviti dalam kumpulan.
Salah seorang kakitangan pengiring program, iaitu Encik Mohd Hakim yang mengetuai aktiviti dalam kumpulan.
Setelah tamat program, ucapan ringkas daripada Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir kepada para pelajar yang terlibat.
Puan Hariyati Tahir(kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada guru pengiring program tersebut.
Puan Hariyati Tahir serta kakitangan yang terlibat bergambar kenangan bersama peserta program.
Para pelajar singgah di ruang pemerhati sambil menikmati panorama indah Bandaraya Alor Setar sebelum perjalanan pulang.
No comments:
Post a Comment