Jawatankuasa cerapan yang terlibat dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM) membuat pendaftaran di ruang lobi.
Turut hadir Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad(bersampin)
membuat pendaftaran sambil diiringi Penolong Pengurus Perhubungan Awam & Acara Menara Alor Setar, Encik Wan Saiful Anuwar Wan Mohd Najib.
Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad bersama jawatankausa yang terlibat di lokasi radio yang dipasangkan di Megaview Menara Alor Setar untuk berhubung dengan lokasi cerapan yang lain serta berhubung bersama Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Para pegawai yang ditugaskan membuat cerapan sentiasa memantau keadaan dari masa ke semasa.
Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Dato' Syeikh Ghazali Yaakob yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Cerapan Hilal Zulhijjah pada malam tersebut mengumumkan keputusan cerapan serta menyampaikan 'sepatah dua kata' beliau.
No comments:
Post a Comment