Sunday, October 14, 2012

PERTANDINGAN KESENIAN & KECANTIKAN AYAM SERAMA.13 OKTOBER 2012




TAHNIAH & TERIMA KASIH diucapkan kepada peserta dan juga pemenang (217 ekor ayam) bagi Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama, Menara Alor Setar pada baru-baru ini. Insyaallah pada masa akan datang kita akan bertemu lagi..

____________________________________________________________________


Para peserta tidak sabar untuk mendaftar ketika sesi pendaftaran dilakukan.



Wakil dari Republik Serama Kediri, Indonesia Tuan Haji Tas menyerahkan tajaan Piala 'Best Of The Best' kepada Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir sambil disaksikan wakil dari Kelab Serama Kedah, Encik Ghani(berbaju kuning) serta wakil dari Peminat Ayam Serama Indonesia Raya(PASIR)(empat dari kiri).




Sesi pertandingan dijalankan serta juri menilai ayam yang dipertandingkan mengikut kategori masing-masing.



Sebahagian aksi menarik yang dipamerkan oleh setiap ayam ketika dipertandingkan.



Sebahagian peserta duduk bersantai menunggu giliran untuk dipertandingkan.



Antara gerai jualan yang mengambil bahagian terdiri daripada Biro Menara Alor Setar(BiMAS), Piru Best, Burger Sempoi, Kak Som Enterprise dan juga Aina Sari Enterprise.



Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Hariyati Tahir(berkemeja putih) mengiringi ketibaan tetamu jemputan dari Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul.


Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul dan juga Puan Hariyati Tahir turut melihat keunikan ayam serama dengan lebih dekat di meja pertandingan.




Acara pertandingan yang ditunggu-tunggu para peserta iaitu penilaian akhir bagi kategori 'Best Of The Best' begitu menarik para penonton dan juga para peserta yang turut terlibat, sambil disaksikan tetamu jemputan.




Puan Hariyati Tahir menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada pemenang yang menggondol tiga kemenangan berturut-turut iaitu Raja Serama 1Malaysia dari Terenggaanu.




Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul turut menyampaikan hadiah bagi pemenang bagi Bonanza yang bernilai RM 1,000 turut dimenangi oleh M. Shaiful Zainal dari Perlis.




Pemenang 'Best Of The Best' turut dimenangi oleh Raja Serama 1Malaysia dari Terenggaanu.




 
Tetamu jemputan serta jawatankuasa yang terlibat menikmati jamuan di MegaView Menara Alor Setar




Puan Hariyati Tahir serta kakitangan Menara Alor Setar mengiringi kepulangan Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul.







No comments:

Post a Comment